Monday, June 28, 2010

i LOve TUppERwaRE brANd !!!!

Hai kekawan ..... meh ramai2 kita join GiveAway dari Ibu Dini mana tahu ada rezeki dapat Set Tupperware Ramadhan dan boleh terus ke Tupperarebrandibudini untuk mencuci mata atau menambah koleksi kerana terdapat pelbagai jenis pilihan yang ditawarkan.

Tarikh Tutup : 31 Julai 2010


Saya nak menang hadiah Set Ramadan kerana sesuai dijadikan bekas kuih hari raya nanti kerana bekasnya cantik dan menawan

Wednesday, June 23, 2010

KEjuTAn TEkeZUz

Segala2nya bermula sepetang 22 Jun 2010, otw balik umah my hubby dok tersenyum sengeh ja macam ada something happy sesangat or over special dlm ati dia but aku wat tak kisah aje dok layan feling aku sambil dengaq lagu. Tetiba my hubby offer sesuatu kat aku, ya something yg mengejutkan (biaq rahsia dulu ...... baru surprise). Sepanjang perjalanan aku tak byk ckp coz dok memikiaq pesal la dia offer kat aku camtu ...... suspek2 .... harusss control jelita ... biaq ati bergelora .... Setibanya kami kat umah my hubby tak mcm biasa agak lain tingkah laku dia .... msuk bilik tak keluaq2 .... aiiiiii pelikkkk ni .... lg kencang jiwa den ....berdebo2.............

Aku masuk bilik niat nak siasat anything happen kat my hubby ni ...... cuakkkk tuuu ... dia kasi sesuatu kat aku dengan harapan aku terima ........ aku terima tp dengan ati yang agak kecewa. Time ni berlaku sedikit kekeliruan n soal jawab tp ......... still cool ...... biasa laaa , aku kan agak slow ckit bukan lembab yeeeee ........... jeng...jeng...jengggggg...... Connecting People .....~ X6 ~

......... RAk CHinG2 .........

i2lah storynya ........ time dlm kete 2 yang dia offer kat aku ......tipon dia ... N97 .... 2 yg pelik bin ajaibnya coz dia kasih sesangat ngan tipon 2 tp siap blh offer lg saje nak wat lawak. Rak ching2 jugak wat hubby aku ......

Tuesday, June 08, 2010

Tuesday, June 01, 2010

SEmiNGgu YAng LAlu

Sabtu 22 Mei 2010 - Lepas tengok cite SHREK lepak kejap kat KFC sementara tunggu nak masuk wayang balik, lagipun aiman dok lapaq2 dari tadi. Entah la putera aku sorang ni lapaq sepanjang masa. Pasni kami nak tengok cite ANDARTU TERLAMPAU, abang aku la yang beriya2 sangat nak tengok cite ni. (tak best pun cite agak memboringkan. Aiman siap main panjat2 kerusi lagi kat dalam panggung, Fatin pulak biasa laaaaa ..... control ayu tengok sampai abis macam fahammmmm ja.
Sebenarnya aku malu time nak bergambar ni .... maklum laaaa tempat awam

Macam malas ja nak makan ....

Makanan kegemaran depa .... tp ari ni mcm tak selera ja

Fatin dah kenyang....

Tengok gambar aiman yeee jangan tengok ........ kat belakang tu (seksa)

Ahad 23 Mei 2010 - Lepas tengok cite IRON MAN 2 dok tunggu lif sempat lagi berposing. Biasa si putera aku 2, dok lapaq2 tak sabaq dah ..... pasni nak p menjamu selera kat MALEE.

Fatin sebenarnya takut ...... duduk pun tak selesa risau dia nanti jatuh

Aiman ... ngamuk2 pun nak juga berposing .... abis kasut dicampaknya (buat malu ja) nasib aku seorang ibu yang penyabar untuk ari ni .... kuang3x

Tengok 2 ..... punya la over dia posing

Monday, May 31, 2010

HAnyA seKAdaR taTApaN buKAn RAtaPAn

Ini laa hasilnya .... wajah2 yang masih muda jelita bagi 20 tahun mendatang. Jangan rasa kecewa walaupun umur meningkat yang pasti kita sempat menjakau umur maka beramal dan bertawakal selalu. "Sesungguhnya Sepahit Mana Kenyataan Itulah Hakikat Sebuah Kebenaran"

Ayu lagi ni .......masih muda jelita ....ha3x (perasan ka ...takkkkk kenyataan tu)

Alahaiiiii ...... betoi ka phi cha aku ni. Takpa2 manisnya tetap ada :-)
Manis menawan si puteri kecilku

Ala2 macam mat soleh laaaaa ...... iman kannnnnnn

Wednesday, May 19, 2010

DEar FRieNDs


HAdiAAh HAri IBu

Walaupun Hari Ibu dah berlalu beberapa ari yang lepas, aku saje nak kongsi ngan u all apa yang aku dapat tahun ni. Tahun2 yang lepas dapat jugak since puteri ngan putera aku kat tadika. Cuma time tu aku tak berkecimpung dengan blok lagi hatte takdo la gambo nya ha ..... (Berdoa hati kecil ku ini moga kasih dan sayang mereka kekal teguh hingga ke akhir hayat aku dan suami. Ya Allah Ya Tuhan ku jadikan mereka anak yang soleh dan solehah .... Aminnn)

Inilah kad hasil tangan puteri aku ..... Bunga Ros tu dibeli kat book shop sekolah dia siap ada wangian gitu. Kata puteri aku .... ini gambar mama pakai baju merah .... mama kan suka warna merah. Kadnya sempoi sangat tapi kata2 yang diucapkan beserta ciuman terpahat teguh kat dalam ati sanubari aku ... (hua....hua...hua....sodeh den)
Inilah kad hasil tangan putera aku. Bunga Ros tu dibeli kat book shop sekolah dia. Blue Apple tu sebenarnya Cikgu jual sempena Hari Guru tapi aku yang dapat (bertuahnya akuuuu)
Inilah bait-bait kata yang ditulis oleh putera ku .... bila kad ini ku buka putera ku menyanyikan lagu tersebut
Kata putera ku ... ini gambar mama ngan abah. Aku bertanya kenapa ada love kat tengah ... jawabnya ..... mama ngan abah kan bercinta ...(sebak dijiwaku walaupun bibir mengukir senyuman)

Melambangkan kasih sayang (bunga tu ibarat aku la, love2 yang comel tu kasih sayang untukku ..... muah 3X .... terharu aku)